Lawatan Pelajar Sekolah Seni Johor ke UiTM Perak


Kedatangan para pelajar serta tenaga pengajar Sekolah Seni Johor ini telah disambut oleh Koodinator Jabatan Seni Halus bersama-sama wakil-wakil Misi Akademik Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Seri Iskandar Perak. Seramai 36 orang pelajar serta 5 orang guru pengiring telah hadir dalam sesi lawatan tersebut.


Acara dimulakan dengan taklimat berkaitan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka serta bidang-bidang yang ditawarkan oleh Fakulti ini. Para pelajar telah diperkenalkan kepada beberapa bidang utama di Falulti yang lima diantaranya ditawarkan di UiTM Perak. Jabatan Grafik, Jabatan Fashion, Jatabatan Foto, Jabatan Seramik dan Jabatan Seni Halus.


Selain dari itu pelajar juga telah dimaklumkan berkaitan syarat-syarat kemasukan ke FSSR yang menawarkan pengajian dari peringkat Diploma, Sarjana Muda Kepujian, Sarjana dan PhD. Kemasukan pelajar juga berlandaskan kepada kelulusan dari peringkat SPM dan STPM. 


Selesai sahaja taklimat yang diberikan para pelajar telah dibawa melawat ke studio-studio jabatan antaranya Jabatan Seni Halus dimana ketika lawatan tersebut para pelajar Diploma sedang dalam proses menghasilkan karya masing-masing. Pelajar digalakkan untuk memberi soalan berkaitan bidang serta proses penghasilan karya semasa sesi lawatan dijalankan. Terdapat beberapa pensyarah pengiring yang turut sama dalam sesi lawatan tersebut.




Comments